Soal Jawab produk Maca

Laman Utama
SE Pendant
Get your g Number noW!
Janawang2u
Affiliate Link
IBO LOG-IN
Peta Ibu Pejabat B.A.E
Hormon Dan Kesihatan Tubuh
Pelancaran B.A.E Maca Max
Fungsi B.A.E / Ujian G.D.V
Apa itu G.D.V
Apa itu B.A.E
Produk
Testimoni
Pelan pemasaran
Agen anda
Daftar / Online Payment
Sijil-Sijil Pengesahan
Bapa B.A.E MacaMax

S: Apakah Maca?
J: Maca ialah sayuran berakar yang kelihatan seperti lobak dan tumbuh di kawasan pergunungan Andes di Peru. Maca dari Peru mengandungi jumlah asid amino, karbohidrat, vitamin dan zat galian yang banyak secara semula jadi.
S: Apakah Kebaikan Maca untuk Anda?
J: - Meningkatkan stamina, tenaga dan merawat masalah letih keterlaluan
- Menggalakkan keseimbangan hormon
- Merawat simptom menopaus ? serangan panas, berpeluh malam, pertukaran mood secara tiba-tiba dan kemurungan
- Menyuburkan dan mengawal sistem endokrin
- Menambahkan kepekaan mental
- Menyihatkan jasmani dan memberikan kesejahteraan emosi
- Meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita
S: Bagaimanakah Maca Berkesan Merawat Kesuburan?
J: Fungsi MACA meningkatkan keupayaan wanita untuk mengandung dengan mudah telah diketahui umum. Ini berlaku kerana keupayaan MACA merangsang penghasilan Hormon Peluteinan (LH) yang menyebabkan ovulasi. MACA juga telah menunjukkan peningkatan kiraan sperma bagi lelaki. Penyelidikan ke atas haiwan oleh Dr.Gloria Chacon menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan, hampir dalam semua kes! (Kajian ini akan diterbitkan tidak lama lagi).
Di Peru dan Amerika Syarikat, Maca dianggap berfaedah untuk:
a) Tenaga? dengan menyeimbangkan sistem endokrin ? tiroid, pituitari, pankreas dan kelenjar adrenal.
b) Kesihatan, kecergasan, keseimbangan emosi dan stamina
S: HASILNYA, MENGAPA ANDA TERASA BEGITU SIHAT DAN CERGAS?
J: Tentulah kesan Maca! Salah satu akar kayu terkuat di dunia! Maca sebenarnya ialah Lepidium Peruvianum Chacon tulen yang ditanam secara organik, sejenis tanaman makanan yang bersifat bio-aktif dan sukar didapati hasil peninggalan kaum Inca di Peru lebih 3,000 tahun dahulu. Ia digunakan untuk meningkatkan tenaga dan daya ketahanan, keupayaan seksual, kecerdasan mental dan banyak lagi.

Sebagai makanan tambahan, Maca mempunyai rasa butterscotch dan malt? Setiap akar Maca mengandungi lebih 50 bahan fitokimia semula jadi yang berfaedah! Bahan-bahan fitokimia ini mempengaruhi proses dalaman yang dapat dirasai oleh setiap penggunanya! Bahan kimia semula jadi ini termasuklah pelopor hormon penting dan sterol yang dapat membantu fungsi badan melalui beberapa cara tertentu. Contoh: membekalkan tenaga yang berterusan, mengurangkan tekanan fizikal dan mental, menyelaraskan ketidakseimbangan hormon, merangsang pertumbuhan rambut, tulang dan gigi yang sihat, serta menambahkan kepejalan otot. Ramai yang dapat merasa mood dan tenaga mereka meningkat dengan cepatnya!
S: KENAPA MACA DIPILIH?
J: MACA membantu keluarga agraria tradisional dan menggalakkan amalan pertanian makanan di seluruh dunia.

Di Peru, kami berusaha menghasilkan Maca Root bio-aktif dan kaya dengan vitamin serta 100% organik. Kami tidak pernah menggalakkan para petani kami menggunakan bahan kimia beracun dengan tujuan hanya untuk menambah pengeluaran. Matlamat kami mudah sahaja, untuk menghasilkan ?makanan hebat? tulen yang dapat mengubah kehidupan manusia dan membantu para petani yang bekerja secara harmoni dengan alam sekitar.

Tumbuhan kami di tanam secara semula jadi, tanpa bahan kimia ? disiram hanya dengan air hujan semula jadi yang turun daripada awan petir yang terbentuk secara langsung daripada lembangan amazon. Hasilnya 100% Maca Root ? tulen dan organik?

Berbeza dengan ladang lain di Peru yang menggunakan bahan kimia beracun yang kuat atau menyimpan hasil tuaian dalam keadaan yang tidak bersih, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kualiti dan ketulenan organik rangkaian produk kami sentiasa terjamin setelah ia dituai, dengan matlamat mewujudkan kemudahan pemprosesan dan pembungkusan organik pertama yang diiktiraf di Peru.
Kami mengambil berat tentang kesihatan diri dan bumi ini. Sikap dan falsafah ini diamalkan bukan hanya kerana ianya ?sesuai dari segi politik? atau mengikut fesyen, tetapi sebenarnya KAMI DIDORONG OLEH KEPERCAYAAN BAHAWA BUMI INI MILIK KITA DAN HUBUNGAN KITA DENGANNYA MEMPENGARUHI HASIL TANAMAN, AKHIRNYA MEWUJUDKAN PRODUK YANG LEBIH BAIK.
S: Adakah Maca herba yang selamat?
J: Maca dianggap sangat selamat oleh penduduk asli Peru yang telah menggunakannya sejak beribu-ribu tahun dahulu. Maca diambil sebagai sebahagian daripada pemakanan harian mereka. Hasilnya, penduduk asli Peru menunjukkan kadar kanser payudara, rahim dan prostat yang rendah berbanding penduduk Amerika Syarikat.
S: Haruskah kita risau tentang berkurangnya bekalan Maca, satu sumber semula jadi mudah habis, dari Amerika Selatan?
J: Tidak. Maca bukan sumber semula jadi mudah habis.  
S: Perlukah Maca diambil setiap hari?
J: Maca tidak menggantikan hormon, jadi pengambilannya boleh bermula dan berhenti pada bila-bila masa tanpa memudaratkan badan. Sudah tentu ianya diambil sebagai makanan hampir setiap hari di Peru.
S: Bolehkah Maca diambil terlalu banyak?
J: Tidak digalakkan, tetapi penting untuk anda mematuhi arahan. Walaupun sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Maca dalam dos tinggi dapat meningkatkan kesan yang berfaedah, harus diingat bahawa mengambil sesuatu produk dalam dos yang berlebihan tidak semestinya bermakna kesannya  lebih cepat atau lebih baik.
S: BERAPA BANYAKKAH MACA YANG PATUT SAYA AMBIL?
J: Maca adalah makanan dan oleh itu, tidak sepatutnya digunakan dalam kuantiti yang terlalu sedikit. Untuk kesan efektif, dos yang betul perlu diambil. Mengikut dos yang diamalkan penduduk Peru turun-temurun, anda sepatutnya mencampurkan ¼ hingga 1 sudu kecil Maca ke dalam minuman smoothie, dadih, teh herba, jus buah-buahan dan lain-lain. Dengan kapsul MACA pula, 2 hingga 6 biji kapsul dengan kekuatan 500mg sehari perlu diambil, atau mengikut arahan pengamal kesihatan anda.
S: Berapa lamakah masa yang diambilnya untuk bertindak?
J: Maca bertindak pada peringkat selular dan memberikan peluang kepada badan untuk  menyesuaikan dirinya. Maca perlu diambil dengan tetap dan secukupnya, dan kita harus bersabar sehingga badan cergas semula mengikut kadarnya sendiri. Sesetengah  orang mula menampakkan kesan khasiat Maca dalam masa dua minggu, manakala yang lain mungkin mengambil masa yang lebih panjang, kadang kala hingga 3 bulan lamanya.
S: Perlukah MACA Diambil Sepanjang Hidup Saya?
J: Tidak. MACA bukan pengganti hormon, jadi memang selamat untuk memulakannya atau memberhentikannya pada bila-bila masa tanpa memudaratkan badan. Penggunaan berterusan tidak dinasihatkan, sebaliknya ambillah ia berselang tempoh rehat untuk memaksimumkan tindak balas badan kepadanya. Contoh, pengambilan selama 90-120 hari berselang dengan 30 hari tanpa mengambilnya, mungkin lebih baik untuk diri anda.
S: Bolehkah MACA Diambil Bersama DHEA?
J: Ramai yang telah mengambil kedua-duanya sekali gus tanpa mengalami sebarang kesan sampingan yang negatif. Tetapi apabila memberhentikan DHEA sahaja, secara amnya mereka mengalami kesan positif yang sama tanpa penggunaan hormon itu.
S: Adakah Terdapat Kesan Sampingan?
J: Setelah ratusan tahun diambil sebagai makanan di Amerika Selatan, ditambah pula dengan pengambilannya yang semakin meningkat di negara ini, tiada langsung kesan sampingan dilaporkan. Walau bagaimanapun, kebimbangan menular berkenaan spesis dan ketulenan MACA yang dijual. Atas sebab inilah Maca diiktiraf oleh Dr.Gloria Chacon sebagai satu-satunya spesis yang betul dan asli daripada jenis MACA (Lepidium Peruvianum Chacon) serta disahkan kaedah penanamannya memang sama seperti sewaktu penemuannya 40 tahun dahulu.
S: ADAKAH APA-APA AMARAN BERHUBUNG PENGGUNAAN MACA?
Tidak ada.
S: ADAKAH TERDAPAT CADANGAN SPESIFIK DARIPADA SEGI MEDIKAL SUPAYA KITA LEBIH BERHATI-HATI SEMASA MENGAMBIL MACA?
J: Disebabkan kadar potassium yang tinggi dalam Maca, kami menggalakkan permulaan penggunaan dos yang rendah bagi pengidap masalah buah pinggang.
S: Bagaimanakah Serbuk Maca membantu wanita?
J: Kitaran haid melibatkan keseimbangan yang kompleks antara badan, minda dan emosi. Dipengaruhi oleh hormon dan pengaruh bulan ? kitaran haid anda boleh menjadi samada sumber kesihatan yang baik (dengan membantu anda menyeimbangkan badan dan emosi serta bertindak sebagai kompas untuk panduan hidup) atau sumber ketidakselesaan dan penderitaan.
Sebahagian daripada simptom  penderitaan dan bukti ketidakseimbangan hormon termasuklah:
 
- pendarahan yang terlalu sedikit atau jumlah kitaran haid yang sedikit
- pendarahan yang terlalu banyak
- kitaran haid yang terlalu pendek  
- kitaran haid yang terlalu panjang
- sakit termasuk PMS dan kekejangan ketika haid, serta sakit kepala
- perubahan mood secara tiba-tiba  
- kemurungan dan kehilangan harga diri serta kehormatan
Apabila anda mengambil pil perancang, hormon tiruan ini membuatkan seolah-olah badan sudah mengandung (Jadi, jika anda mengambil pil ini selama 2, 5 atau 10 tahun ? badan anda menyangkakan ia sedang hamil sepanjang tempoh tersebut.) Oleh yang demikian, pada pertengahan kitaran ketika anda sepatutnya mengovum, tiada apa terjadi. Tidak ada telur yang dibebaskan daripada ovari, bermakna kehamilan tidak boleh berlaku. Kelenjar yang selalunya mengawal kitaran haid anda terhenti sementara waktu ketika anda mengambil pil perancang ?ia tidak berfungsi seperti biasa dan hasilnya, anda tidak mempunyai kitaran haid semula jadi yang normal. Pendarahan seperti haid masih lagi berlaku ? istilah yang betul ialah ?pendarahan tarikan hormon? ? kerana apabila kemasukan hormon tiruan berhenti (iaitu semasa anda mengambil pil gula), pengalas uterus akan disingkirkan. Pengalas ini lebih nipis daripada normal, menyebabkan pendarahan yang lebih ringan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kitaran haid bukan hanya melibatkan tindak balas fizikal. Kitaran ini juga mempengaruhi emosi dan rohaniah jika kita biarkannya berlaku.

Terdapat banyak produk semula jadi dan bahan makanan hebat yang boleh membekalkan khasiat dan membantu badan anda berfungsi sebaiknya. Maca Serbuk ialah salah satu daripadanya. 

Sesetengah wanita memilih Maca Serbuk sebagai alternatif kepada hormon tiruan. Maca begitu berkesan kerana ianya tidak mengandungi hormon dari luar (samada kimia atau semula jadi), sebaliknya Maca membekalkan khasiat kepada kelenjar badan untuk berfungsi pada tahap optimum sesuai dengan kehendak individu yang unik.
S: Bolehkah Maca diambil sewaktu hamil?
J: Sebagai langkah keselamatan, kebanyakan pengilang tidak menggalakkan penggunaan produk suplemen mereka sewaktu mengandung, kerana fetus terlalu sensitif dan mudah terdedah kepada penyakit serta kecederaan semasa peringkat awal kejadiannya. Penilaian sitotoksik serta kajian akut dan ketoksikan tidak menunjukkan sebarang bukti mengenai potensi ketoksikan Maca. Tiada kesan sampingan yang dilaporkan oleh ribuan pengguna Maca.
Harus diingat bahawa Maca ialah makanan harian penduduk Amerika Selatan. Jika anda boleh mengambil soya, flaks dan makanan lain yang mengandungi fitoestrogen, kenapa anda mesti bimbang mengenai Maca yang langsung tiada bahan kimia ini?

Enter supporting content here

Website ini bukanlah halaman rasmi bagi B.A.E International Sdn Bhd.Ia diwujudkan hanya sebagai alat pemasaran.Website rasmi B.A.E International boleh di dapati di sini.