Make your own free website on Tripod.com

Asas-Asas Maca

Laman Utama
SE Pendant
Get your g Number noW!
Janawang2u
Affiliate Link
IBO LOG-IN
Peta Ibu Pejabat B.A.E
Hormon Dan Kesihatan Tubuh
Pelancaran B.A.E Maca Max
Fungsi B.A.E / Ujian G.D.V
Apa itu G.D.V
Apa itu B.A.E
Produk
Testimoni
Pelan pemasaran
Agen anda
Daftar / Online Payment
Sijil-Sijil Pengesahan
Bapa B.A.E MacaMax

Maca (Lepidium Peruvanium Chacon) merupakan sejenis sayuran asli yang tumbuh di dataran tinggi Andean di Peru. Maca tumbuh di tempat-tempat yang tinggi, setinggi gunung-gunung yang mencapai ketinggian 14,500 kaki di atas paras laut, hanya di bawah lapisan ais glasier. Spesis Maca ini lazimnya dijumpai di wilayah-wilayah yang mengalami keadaan cuaca yang keterlaluan seperti cuaca sejuk, berangin kencang dan mempunyai sinaran matahari yang terik. Di antara spesis- spesis tumbuhan yang ditanam oleh orang-orang asli, Maca adalah sejenis spesis yang paling toleran terhadap fros. Tidak ada tumbuhan makanan di dalam dunia ini yang boleh tumbuh serta hidup dalam keadaan cuaca yang begitu melampau dan  di altitud yang begitu tinggi.

Pakar-pakar herba telah lama mengakui bahawa tumbuh-tumbuhan  yang tahan lasak dan mempunyai sifat ketahanan yang tinggi amat bernilai dari segi perubatan.

Kini, puak-puak Indian Peru masih lagi menanamnya secara tradisional tanpa menggunakan pestisid ataupun bahan-bahan kimia. Sejak sekian lama, kualiti penyembuhan Maca telah membantu  penduduk-penduduk asli tempatan untuk terus hidup dan tinggal di dataran tinggi yang kurang oksigen. Disebabkan oleh nilai khasiat dan perubatan yang tinggi, Maca merupakan sejenis makanan asas yang penting dalam sajian makanan  puak orang asli di wilayah tersebut.

Maca (Lepidium Peruvanium Chacon) turut dikenali sebagai "Ginseng Orang Peru". Maca merupakan sejenis sayuran berakar tahan lasak yang tumbuh di dataran tinggi Gunung Andes. Ia tumbuh di tanah-tanah ladang yang paling kasap dan tiada tumbuhan lain yang dapat hidup. Sejak berabad lamanya, golongan wanita dan lelaki kaum asli Peru begitu bergantung pada tumbuhan Maca sebagai sumber makanan dan ubat-ubatan kerana sifat semula jadinya yang kaya dengan asid amino, fito-nutrien, zat-zat vitamin dan galian.

Hari ini, Maca telah meraih perhatian dunia dengan begitu pantas sekali kerana keupayaannya untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan serta merangsangkan keinginan nafsu dan kesuburan untuk kedua-dua jantina. Dan kini, ramai pengamal kesihatan  telah mengesahkan Maca sebagai satu alternatif yang selamat dan berkesan sebagai Terapi Gantian Hormon kerana ia menyelaraskan dan menyokong seluruh sistem endokrin.

Enter supporting content here

Website ini bukanlah halaman rasmi bagi B.A.E International Sdn Bhd.Ia diwujudkan hanya sebagai alat pemasaran.Website rasmi B.A.E International boleh di dapati di sini.